Selamat Datang KanWork
Persatuan Kanser KanWork (KanWork) ialah satu kumpulan sokongan kanser yang menjalankan aktiviti ‘outreach’ atau aktiviti mendampingi komuniti.
KanWork ditubuhkan pada tahun 2006 dan kumpulan ini berdaftar sebagai Persatuan Kanser Network Selangor dan Wilayah Persekutuan (KanWork).
No Pendaftaran Pertubuhan : PPM-004-10-19122005
Visi & Misi KanWork
Visi KanWork adalah untuk memastikan bahawa individu dan keluarga yang tinggal dengan mereka yang menjalani hidup dengan kanser tidak akan menempuh perjalanan itu bersendirian, dan keperluan penyembuhan mereka akan dipenuhi.
Misi KanWork adalah untuk memberi maklumat berkaitan kanser kepada individu dan keluarga mereka yang berjuang dengan kanser agar dapat membantu mereka membuat keputusan dan menyediakan mereka dengan sokongan emosi dan rohani.