Fungsi KanWork

KanWork adalah sebuah NGO berdaftar yang:

  1. Menyampaikan maklumat dan memberi pendidikan mengenai kanser kepada komuniti terutamanya kepada pesakit kanser, survivor dan keluarga.
  2. Memberi sokongan kepada pesakit kanser, survivor dan keluarga
  3. Mewujudkan kesedaran terhadap kanser supaya dapat dikesan di peringkat awal
  4. Menggalakkan cara hidup sihat bagi mengurangkan risiko kanser

Aktiviti KanWork:

  1. Program pendidikan dan kesedaran kanser
  2. Sokongan informasi, emosi dan rohaniah kepada pesakit melalui:
    i. Lawatan ke hospital dan rumah
    ii. Talian helpline 1-800-22-8672  
    iii. Kumpulan sokongan
  3. Aktiviti sosial dan riadah :
    i. Senaman Qigong
    ii. Majlis perayaan, majlis keagamaan atau mengadakan lawatan sambil belajar
  4. Menganjurkan program latihan dan pembangunan sukarelawan kanser
  5. Menyediakan pusat sumber bacaan dan rujukan  kanser