Peer Support 3 2019

 

Serdang, 8 Disember 2019Persatuan Kanser KanWork telah mengadakan program Peer Support 3 bertempat di Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia. Program ini diadakan untuk pesakit, survivor serta penjaga (carer) bagi berkongsi pengalaman menghadapi cabaran kanser serta mendapat sokongan emosi dan psikologi. 15 orang peserta telah menghadiri sesi yang dikendalikan oleh Dr. Asmah Ismail (Pensyarah Bimbingan & Kaunseling, Universiti Putra Malaysia). Program ini turut dihadiri oleh Dr. Hafizah Zaharah Ahmad (Pakar Onkologi) dan Dr. Suhaina Sulaiman (Pakar Pemakanan). Terima kasih kepada semua yang menjayakannya.